Tuesday, September 14, 2010

Produk HPA sempena Hari Terbuka Lebaran

Banyak makanan yg dihidang pada hari terbuka/tertutup masa raya ni mempunyai kadar kolestrol tinggi. Rendang, ketupat, lemang, lontong, kuah kacang dll. Untuk mengawal kolestrol disyorkan mengamalkan produk2 herba hpa ini.

 - Mega 3 kapsul 3x3
-  Teh herba 2x2
-  Kopi Radix 2x2
Alkaradix Chlorophyll Drops (ACD) - produk baru hpa. Campurkan 3-5 titis dalam kopi radix selepas makan.

Raya2 gak. Kesihatan perlu dijaga

Sumber dari blog MD, GM dll
 
- Soal Jawab Tentang Alkaradix ChloropHyll Drops

Monday, September 13, 2010

Cadangan 1 - Bukaklah cawangan pada hari raya

 Hari raya lepas memang sibuk. Ramai mai rumah. Tapi Cawangan cuti raya 2 hari. Berapa banyak kita rugi? Nak beli air berkarbonat dan ayam pada raya x boleh. Tahun depan bukak la sat. Sekerat hari pun xpa.

Dah beli dah stok ayam dan air karbonat. X cukup. Tapi x boleh beli tambah kerana cawangan tutup pada 2 hari raya, Sapa rugi? Kita semua!

Thursday, September 2, 2010

Alhamdulillah

Artikel berkaitan syiah telah ditarik balik. Bagaimana pun saya telah capture screen page berkenaan. Akan didedahkan jika perlu.
2 org nama besar dlm hpa didapati terbabit. Dirahsiakan identitinya didahulu.

Bagi saya
- nak menganut syiah tu hak hangpa. Jangan babitkan hpa dengan syiah. Apatah lagi memperalatkan hpa 

Sunday, August 29, 2010

Tak kisahla korang tu syiah.. Jangan kaitkan HPA

 Terdapat satu blog tak rasmi hpa yg membela puak2 syiah secara terang2an. Saya telahpun mula mengumpulkan bukti2 berkaitan. Sekiranya perlu saya akan dedahkan secara terus.

Bagi saya:
Lantak pi la hangpa syiah. Buatlah blog asing tentang syiah. Jangan seret sekali nama HPA. Jenuhlah pas ni ahli2 menjawab pada ahli hpa/org awam yg x tau.
Jangan ada syer dalam menjatuhkan HPA. Cukuplah hpa dilanda krisis besar dahulu..

Monday, August 23, 2010

Pengalaman di RFC. Pro dan Kon

Petang kelmarin saya dan keluarga pi RFC Lagenda Height, Sungai Petani. Nak beli 3 ketul ayam dan 2 minuman roselle. Sampai kul 4. Nampak baru buka. Rupanya sepanjang puasa RFC dibuka jam 4 ptg hingga 12 tgh malam.

pro
- bukak kul 4. Menghormati Ramadhan.
- order 3 ketui ayam. Balik rumah tengok ada 5 ketui. Hadiah berbuka? Alhamdulillah

kon
- kul 4 kaunter bukak. Kul 4 jugaklah baru nak goreng ayam. Berjanggut gak la menunggu
- 2 staf yg terima pesanan nampak cam org baru. Saya order dia tak ulang sekali lagi. Mintak 2 rosella dia bagi 2 tortilla.Tak nak bising2 saya order tambah 2 lagi rosella. Kalu org lain?
- carta employer of the month apsal sampai bulan Mac? Mana lagi bulan2 lain?
- pesan 3 dapat 5. Kalu tertukar? Kesian yg bayar untuk 5 tapi dpat 3
- tiada maklumat di web waktu rfc dibuka. war2kan la waktu rfc dibuka sepanjang bulan puasa nih kat dalam web

Nasihat saya
- tak kisah kalu staf baru. Cuma MOD(manager of the day) kena dok dekat pantau.
- baik masuk kerja kul 4. Bukak kaunter kul 4.30. Order2 je terus dapat.
- untuk menjadi alternatif terbaik kepada kfc, kena improve dari segi servis, kualiti masakan dll.
- tak perlu terburu2 menambah cawangan. improved segala kelemahan di cawangan sedia ada. Segala aduan perlulah disiasat seperti kes ni dan ini. Jika ada kekurangan lakukanlah islah. Kita tak sempurna. Tapi kena berhijrah ke arah lebih sempurna.

Wednesday, August 18, 2010

Tahniah 1 - Masalah diatasi segera

Petang kelmarin saya mendapati website untuk check bonus online hpa ada sedikit bug. Walaupun boleh masuk namun ia mencacatkan paparan web.
Saya sms mencadangkan bug ini diatasi segera atau website ini ditutup sementara. Alhamdulillah. Pagi ini web ini telah ditutup sementara(jangan selama2nya sudah.

p/s: Setelah bug ni diatasi minta HPA war2kan secara meluas mengenai web ini. Ramai ahli x tau rasanya mengenai kewujudan web nih

Sunday, August 15, 2010

Kritikan HPA 2 - Kenapa produk selalu xde kat Cawangan NT/PB?

 Banyak dengar cite dari member HPA tentang Cawangan ni. Kelas mingguan x jalan lama kerna masalah trip akibat wiring elektrik problem, xde pa system khas untuk kelas, produk selalu xde stok dll.

Isu xde stok produk. Soalan saya. Kenapa teh herba sekian lama xde stok? Saya beli kat Cawangan Baling ada plak. Air Gau, Rosella RTD saya x cuba carik kat cawangan lain lg.

Desas-desus yang bertiup. Pengurus Cawangan payah ditegur. Kroni GM lagi. KPA menganak-tirikan cawangan ni. Produk yang dihantar adalah kurang. banyak dihantar ke cawangan2 lain dahulu.

Ada sesiapa nak sokong atau bangkang? Silakan